Turunan sel terabadi

Titisan sel terabadi adalah sejenis populasi sel dari organisma multisel yang biasanya tidak akan berkembang biak tanpa henti, namun disebabkan mutasi maka dapat menghindari proses normal penuaan sel dan seterusnya dapat terus membelah. Oleh itu, sel-sel ini dapat membiak untuk jangka masa yang lama secara in vitro. Mutasi-mutasi yang diperlukan untuk keabadian sel boleh berlaku secara semula jadi atau secara sengaja untuk tujuan eksperimen. Titisan-titisan sel terabadi adalah alat yang sangat penting dalam penyelidikan biokimia dan biologi sel untuk pelbagai organisma multisel, serta dalam bidang bioteknologi.Titisan sel terabadi tidak boleh dikelirukan dengan sel induk yang juga berupaya untuk membelah selamanya tetapi membentuk bahagian normal dalam perkembangan organisma multisel.